SinG a SonG




Gratisan Musik

Thursday, June 2

PeNtaS aKhiR MeNtoR 5



Assalamualaikum...Post kali nie akan mengupas tentang apa yang berlaku malam ahad lalu..
Malam kemuncak MENTOR 5 telah melabuhkan tirainya malam Ahad lalu. Seperti diramal protege Erra Fazira, Salma atau nama sebenarnya 
Salmah A. Asis telah menjadi juara Mentor yang memasuki musim kelima ini. Di sini sedikit review tentang Juara Mentor 5, Salma:

Salma yang hampir tersingkir pada konsert separuh akhir telah membuktikan yang kemunculannya di pentas akhir Mentor 5 sebagai platform untuk
memperbaiki kesilapan di peringkat separuh akhir. Nyata, usahanya tidak sia-sia setelah dinobatkan selaku Juara Mentor 5.

Salma memulakan konsert pembukaan berduet dengan Erra Fazira menerusi lagu Jendela Hati. Sebagai protege pertama yang membuat persembahan
Salma telah memukau penonton di stadium mahupun di rumah dengan kelantangan vokalnya menerusi lagu Listen nyanyian asal Beyonce Knowles..
ecah pun terkesima dengan nyanyian vokal Salma itu. Menerusi lagu duet dengan artis pilihan pula, Salma berduet dengan Jaclyn Victor menerusi 
lagu Cinta(Melly Goeslow feat Kris Dayanti) dan Rindu(Hetty Koes Endang). Memang cukup mantap paduan vokal antara Salma dan Jac.
Setelah itu, untuk lagu ketiga yang merupakan lagu baru buat semua protege, Salma telah menyanyikan lagu ciptaan Taja Meet Uncle Hussein
 yang bertajuk Aku Permata. Lagu ini sedap didengar dan cukup sesuai untuk Salma.

Komen yang diterima oleh Salma dari juri professional iaitu Datuk Haji Ramli M.s(juri tetap) serta Ziana Zain dan Azmeer selaku juri jemputan
memang cukup positif kecuali bagi lagu baru nya yang mengalami masalah low note bak kata Azmeer. Masalah ini masih dapat diperbaiki lagi.

Begitulah sedikit sebanyak yang berlaku semasa Mentor 5. Memang kejayaan Salma nie menakjubkan. Walaupun sesetengah orang kata Salma 
kurang sikit pakej berbanding dengan Shiha dan Iqa serta merupakan ibu tunggal tapi peminat sekarang tidak melihat itu sebagai perkara yang 
boleh membuatkan peminat lari. Yang penting, bakat serta vokal Salma yang mempunyai high note.



Tahniah diucapkan kepada mentor Erra Fazira yang telah mendidik protegenya, Salma sehingga menjulang gelaran  Juara Mentor 5. Bagi Salma pula,
ilmu yang diberikan sepanjang berada di mentor perlu diguna sebaik mungkin dalam karier nyanyiannya yang baru bermula.

TAHNIAH BUAT SALMA & ERRA FAZIRA....

        SELAMAT DATANG KE INDUSTRI MUZIK TANAH AIR SEMUA PROTEGE MENTOR 5!!!!

Note: X sabar nk tgk perkembngan semua protege Mentor 5 dalam industri nie especially Salma dan Shiha...~~wink


****Gracias.Un abrazo****










No comments:

Post a Comment