SinG a SonG




Gratisan Musik

Monday, May 9

KonGsi (Lu LanGsi Lu MaTi..)

12 Mei 2011 adalah tarikh filem KONGSI ditayangkan di lebih 100 pawagam seluruh Malaysia...Filem yang bercorak aksi arahan FARID KAMIL dan DAVID TEO selaku penerbit nie mmg best pabila menonton di sebalik tabirnya saja...Tak sabar nak tgk penuh filem nie nnt...

Filem ini dibintangi oleh :
Bintang paling popular ABPBH 2010, Shaheizy Sam(TUMULAK)
Bront Palarae(KIMPEDU)
Fizo Omar(ASP SHARIF)
Yana Samsuddin(INSP OLLA) serta beberapa pelakon yang lain.
Justeru itu, kasi gegar itu panggung dengan trademark filem ini iaitu 
LU LANGSI, LU MATI...

Bawah ini ada sikit review tentang filem KONGSI ini:

TUMULAK, seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu KIMPEDU.KIMPEDU yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan 
kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia.

Segala kekecohan ini berlaku bermula di Pulau Pinang. ASP SHARIF yang bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes – kes yang melibatkan ahli kongsi gelap. Setelah banyak kes pembunuhan berlaku dan berita tersebut tersebar luas. Wajah fotofit TUMULAk terpampang di poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki di Malaysia. KIMPEDU lantas mengarahkan MAIA iaitu pembunuh upahannya yang kedua untuk memburu dan membunuh TUMULAK agar rahsia perancangannya tidak terbongkar kepada pengetahuan kumpulan kongsi gelap Malaysia dan pihak polis.

TUMULAK diburu oleh Polis, kumpulan kongsi gelap dan seorang pembunuh upahan. Pelbagai strategi dirancang bagi meloloskan dirinya dari pihak – pihak tersebut. TUMULAK mengugut ASP SHARIF agar tidak mengganggunya. MAIA, pembunuh upahan kedua berjaya ditangkap oleh TUMULAK. TUMULAK berjaya melepasi sekatan Polis dan keluar dari Pulau Pinang menuju ke sempadan Thailand tetapi akhirnya beliau tumpas ditangan Skuad UTK Polis.

Saksikan kesudahan filem nie yang menyaksikan Shaheizy Sam bercakap dalam bahasa Thai dan Kelantan di pawagam berdekatan...Mesti gempak giler!!

Note: :"Kongsi gelap lagu gapo mu ni ? baru cubit sikit , jerit serupo pondey"  ayat yang bisa membuatkan kita ketawa...

****Gracias.Un abrazo****


No comments:

Post a Comment