SinG a SonG




Gratisan Musik

Wednesday, January 29

CaRi DuIt SaMpInGaN.......

Bismillahirrahmanirrahim....

Blog pertama dalam tahun 2014...

Memandangkan kita berada dalam zaman dunia yang serba canggih, kita mesti fikir cara untuk mendapatkan duit sampingan...dgn cara HALAL...(jgn pkir bukan2)..Dgn duit sampingan yang kita dapat, bolehla menampung keperluan harian...

Tahun lepas dalam satu post facebook kwn. ada satu perniagaan yg menguntungkan walaupun part time dari umah...namanyer DARE2RICH...ecah pun try tnyer kawan mcm mana biz nie brjln...bermula dri situ, skunk nie ecah pun dh jd sbhgian drpd company nie...

Jd, sapa2 berminat boleh pm di facebook (comey_gurlz89@yahoo.com) atau tinggalkan comment anda...Anda akan direply as soon as possible..

Just click this referral website for more info www.dare2rich.co/ecah89...


Psstt: #Kita hanya merancang, Allah yang menentukan#...
              May Allah bless Us <*.*>

                                          <Adios Amigos>

KeMbAli BeRsIaRaN...#bErBlOgGeR#

Assalamualaikum...
Hola...
I`m back for this blog....

Lama kan x update blog..banyak perkara yg berlaku spnjang masa nie...from now on, saya akn cuba update apa yg berlaku sama ada pahit dan manis yg berlaku dalam hidup saya..

WAIT.....#DON`T MISS IT#
caucincau...

Thursday, June 16

KaD kAhWin UNik..

Assalamualaikum dan halo..halo..halo..

Semua pasangan yang ingin berkahwin akan memastikan segalanya berjalan dengan lancar dari perkara yang remeh shgga perkara yang susah..So, antara perkara yang selalunya pasangan ambil serius dalam hal perkahwinan adalah kad undangan perkahwinan..Bagi artis mahupun
orang biasa,sudah semestinya kad jemputan menjadi keutamaan mereka..Kad ini dapat merapatkan lagi ukhuwah yang terputus atau mengeratkan silaturahim...


Justeru itu, kebanyakan daripada mereka akan memilih kad undangan yang unik dan special untuk hari bersejarah mereka serta mempelbagaikan kad bagi setiap satu majlis dengan jemputan2 yg dijemput. Dari situ, dapat la kita lihat macam2 jenis kad undangan bg akad nikah serta resepsi dengan kad yang berlainan...Zaman moden nie sememangnya canggih dr zaman dulu..


Kalu dulu, kad undangan perkahwinan hanya dilakukan di atas kertas warna warni...simple plak 2...pas 2, g la satu kampung jemput dtg untuk memeriahkan suasana..bagi teman2 rapat serta sedara mara pula hanya mulut menjadi penghubung untuk menjemput ke majlis kahwin....x mcm zaman sekarang yg menjadikan laman sosial serta telekomunikasi yang canggih sebagai perantara..Memang berbeza..


K la kita layan je beberapa kad unik serta review ecah ttg artis2 kita yang akan menamatkan zaman bujang/sudah menamatkan zaman bujang..


29 April 2011(Zed Zaidi & Natalia Mustafa Kamal)
Tarikh keramat bagi pelakon kacak, Zed Zaidi dan pasangan Natalia Mustafa Kamal yang telah diijabkabulkan sebagai suami isteri..Kad undangan perkahwinan diaorang memang unik sebab berkonsepkan fb di mana tempat bermulanya perkenalan antara satu sama lain serta hubungan cinta terjalin..Cayalah kad jenis fb g2...I like this idea....


Kad undangan kahwin versi fb...




Zed dan Isteri



1 Julai 2011
Pada tarikh keramat 1 Julai 2011, Shah Indrawan atau Tomok akan bergelar suami kepada Siti Rahayu atau lebih dikenali sebagai Ayu yang merupakan seorang pramugari manakala Noh yang popular dengan bandnya HUJAN akan menamatkan zaman bujang dengan tunangan hati iaitu
Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina...


Bagi Tomok, beliau dan pasangan akan mengadakan 4 majlis resepsi termasuk akad nikah di sekitar Kuala Lumpur manakala bagi Noh Hujan dan Mizz Nina pula akn mengadakn 2 majlis resepsi yang bertempat di Hotel Shangri La(majlis tertutup dan penuh protokol)untuk org2 terten2 serta Hotel Double Tree untuk media2, kwn2 rapat, sedara mara dan rakan2 artis..Yang bestnya ada tema untuk resepsi tersebut..


Untuk resepsi kat Hotel Shangri La temanya adalah Purple Elegant dan untuk Hotel Double Tree pula akan bertemakan ala2 japanese g2...Noh dan Mizz Nina memang suka akan cara hidup dan budaya masyarakat Jepun sampai kad kahwin pun direka khas mengikut pakaian tradisional Jepun bagi lelaki dan wanita..Memang unik...Tengok la kekreatifan dan keunikan kad kahwin artis kita nie..


Tomok dan kad undangan kahwin....


sampai 4 sekali kadnya....ish3x..


Unik x kad undangan resepsi Noh Hujan dan Mizz Nina???


Lepas nie, akan jadi trend la 2 kad2 undangan kahwin jenis2 nie...Kot2 ada yg nk wat versi Twitter plak...hehe

Note: Terpikir plak akn kad undangan kahwinku nnt..rasa2 nya mesti meriah ngan warna mybe tema plh cartoon kot..OKEY TAK?????


****Gracias.Un abrazo****

Sunday, June 12

ACtiOn FiLm<>KL GanGstER 2011



Assalamualaikum...nak dekat seminggu x berblogger but post kali nie nak cite ckit pasal 1 filem aksi nie...


Rasanya baru 5 bulan je panggung wayang kita digegarkan oleh filem Khurafat yang mencatat kutipan box-office iaitu 8.5 juta..


Filem yang diarahkan oleh pengarah muda berbakat yang memenangi anugerah dalam FFM ke 23 tahun lalu memang TERBAEK DARI LADANG!!!!! Setelah mendapat kutipan yang memberangsangkan daripada genre seram, SYAMSUL YUSOF cuba pula menghasilkan filem yang 100% aksi tanpa adegan2 cinta didalamnya..Cuma filem aksi terbaru beliau ini mempunyai penerapan nilai kekeluargaan antara ibu dan anak serta adik beradik..


Kalu dilihat pada trailer yg baru menjengah YOUTUBE sebulan lebih, trailer itu memang best giler..Muzik yang melatari trailer memang kena dan sesuai dengan jiwa filem tersebut..Walaupun belum sempat lagi menonton wayang tersebut yang telah mendapat kutipan 1.5 juta pada hari pertama tayangan, penulis berbangga dengan orang Malaysia yang menghargai produk Malaysia. InsyaAllah, penulis akan menontonnya dalam masa terdekat..


Di sini diselitkan sedikit sinopsis filem KL GANGSTER buat tatapan umum:


PELAKON:
Aaron Aziz (Malik)
Syamsul (Shark)
Adi Putra (Jai)
Soffi Jikan (Ajib)
Adam Corrie (Dragon)
Ridzuan Hashim (King)
Zizan Raja Lawak (Fadil)
Sheera Iskandar (Zati)


KL GANGSTER mengisahkan cerita hitam dua beradik;Malik dan Jai yang telah terjebak dalam dunia gangsterisme.Malik (abang Jai) telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark,anak tiri King iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL.Setelah dibebaskan,Malik bertekad ingin berubah serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.


 Malik menjalani rutin kehidupan seperti orang biasa  yang lain sambil menjaga ibunya yang sudah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengannya  sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malik memulakan kehidupan baru.


King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malik dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL.Berlainan pula dengan kehidupan adiknya Jai yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang.


Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang tetapi dengan kemunculan Malik,Shark terasa tergugat dan tercabar.Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malik tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malik yang dianggap sebagai sahabat lama yang sudah banyak berjasa.King kurang senang dengan kerenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan
hubungan anak beranak ini semakin dingin.


Dalam diam dan dek terlalu tamakkan kuasa,Shark mula berdendam dengan ayahnya dan bagi Shark,Maliklah punca segalanya. Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Di sinilah bermulanya konflik antara kesetiaan keluarga dan kumpulan. Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka?


Segala-galanya akan terjawab dalam  "KL GANGSTER" - 9 JUN 2011


(dari blog BURN& SOUL: Syamsul Yusof)


Nota: Mencatat sejarah dalam kutipan filem setakat ini..KEEP IT UP!!!!Rasa x sbr nk g terjah panggung wayang..

****Gracias.Un abrazo****

Thursday, June 2

BerSama peLakoN2 Nur Kasih The Movie..





Assalamualaikum semua pembaca blogger<>
Bertarikh 21 Mei 2011 yang lalu, ecah berkesempatan pergi ke Terminal 1, Seremban sempena roadtour Nur Kasih The Movie...Memang meriah kat situ dengan dihadiri oleh peminat2 yg meminati pelakon2 Nur Kasih The Movie tersebut ...Sblm tu, diaorang menjengah dulu penonton di panggung wayang...Tergamam seketika penonton dengan kehadiran pelakon2 tersebut secara tiba2 slps lampu dipasang...



Setelah selesai, semua pelakon2 tersebut turun ke pentas utama utk bertemu peminat setia mereka di sini pula..mmg gamat la suasana sehinggakn boleh lihat x ada ruang kosong yg tertnggal..ini hanya semata2 untuk melihat pelakon kegemaran mereka termasuk ecah..hehe

SLOT PERTAMA:
Sblm mereka diperkenalkan kepada umum, kitaorang diperdengrkan dulu lagu dendangan MILA-BERTEMU CINTA hasil ciptaan HAFIZ HAMIDUN..lagu ini merupakan salah satu rangkaian lagu yang ada dalam filem Nur Kasih The Movie...di samping tu ada beberapa soklan yang diajukan oleh Mila untuk mmnangi hadiah...



SLOT KEDUA:
Selepas MILA selesai mnyanyi, maka saat yang dinanti-nantikan telah tiba...Kemunculan 4 pelakon filem Nur Kasih The Movie iaitu Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Syafie Naswip
menggamatkan lagi suasana...Ecah pun ikut sama terkesima dengan kemunculan diaorg...hehe~~wink



I`m speechless!!! Jika dilihat di luar x sama dengan dalam TV...Tiz memang lawa di luar dengan kulit yang mulus dan putih, Remy pula, pelakon yang menjadi kegilaan ramai kerna muka die mmg hensem dan pndai amik hati peminat, Fizz yang menghiburkan org dgn gelagatnya melayan peminat serta Syafie yang peramah walaupun baru lagi dalam industri seni nie...

Suasana x pernah senyap dengan celoteh2 mereka di pentas sepanjang 1 jam lebih berlangsung....
Sementara tu, kitaorang juga dapat beberapa souvenir drpd krew2 di c2 yg mengagihkannya kpda setiap org...antaranya majalah ANIQAH, poskad autograf serta kalendar...


Setelah itu, sesi autograf pula mengambil tempat di atas pentas itu. Ramai gila kot beratur nk amik autograf mereka trmasuk ecah..tp krana ksntukan masa, x dpt nk amik autograf diaorg..huhu..xde rezeki la 2...Mybe next time la kot tp filem lain pula...huhu



Pas nie mereka g wat roadtour kat Melaka pula....

Mcm 2 lah perjalanan roadtour Nur Kasih The Movie kat Terminal 1, Seremban....Alhamdulillah dapat gak jmpa pelakon2 NKTM....Thanx coz dpt memeriahkan peminat dsana...

Hope can meet again!!!!!!!!!




Note: Dah mcm penulis laman hiburan dah...Ada bakat x nk jd seorang penulis or wartawan hiburan???

****Gracias.Un abrazo****

DiRi yanG BerTuah...

Assalamualaikum<>


Orang dolu2 slalu ckp yg " tuah takkan datang bergolek tanpa usaha sendiri"... Rasanya ada benar kata2 itu sbb dulunya xde mkna nk caya ckp org tua2 nie..tp skrang bla dh brlaku dpn mata, terbeliak biji mata n kata x caya....betul ke???betul ke nie???hehe..


Ada sebab ecah kata mcm nie sbb tanggal 27 Mei 2011, ecah ada menang contest yang pihak TonTon wat kat facebook...Lgpun, ecah peminat tegar kot filem yang baru ditayangkan kat pawagam 2...
So, apalagi try ar kot2 ade rezeki sbb kuciwa ckit masa roadtour kat Terminal 1 ri 2...huhu..


Berkaitan dgn contest 2 pula, pihak terbabit akn menaip 1 soklan pada pukul 12tghri dan 1 lagi pada pukul 4ptg...Just only 1 week that contest happen...
So, kna alert ar utk jd yg pertama jwb..Semua jwpn plak cuma ada dalam The Making of...jer..Kna la tgk balik dan catit apa2 yg pnting..


Berbalik mcm mna dpt mng contest 2.....mcm nie citenye...


Sblm 2 ade try jwb skali tp jwpn yg dberi tdk tepat n ade plak org jwb tepat...MELEPAS EDEN!!.Jadi, try ar esoknya...Seperti ungkapan first come, first serve basis, ecah try lg pada keesokannya...
Tup...tup..tup...my nickname profile facebook diumumkan sebagai pemenang...Mula2 x caya gak btul ke ecahnyer jwpn trplh???Tapi kna caya gak sbb phak terbabit dah tepon suh amik hadiah..
Cayalah dlm fb pun bleh mng...(x tahu nk amik bila hdiah 2..huhu)


Ade lg satu contest yg ecah mng tp syg terlps hadiah 2...huhu..mybe x berpeluang nk merasainyer lg kot...Soalan contest 2 diajukan oleh pengacara Chopp!! TV9....apalagi dengan gatai tgn try ar antar email beserta jwpn skali...Tup..tup..tup..esok ptgnya diaorg tepon suh pegi depan Melaka Wonderland utk amik tiket...Dengan berat ati n sayu, trpksa ar mlpaskan
tiket 2...4 tiket free kot...huhu..nk wat mcm mna..


Begitulah serba sedikit tentang tuah yg berlaku trhdap diriku ini..Berkat hari Jumaat kot....Benarlah kata org yang 


"Tuah ayam nampak dikaki, tapi tuah manusia tak siapa yg tahu"


Note: Terasa diri bertuah....


****Gracias.Un abrazo****

PeNtaS aKhiR MeNtoR 5



Assalamualaikum...Post kali nie akan mengupas tentang apa yang berlaku malam ahad lalu..
Malam kemuncak MENTOR 5 telah melabuhkan tirainya malam Ahad lalu. Seperti diramal protege Erra Fazira, Salma atau nama sebenarnya 
Salmah A. Asis telah menjadi juara Mentor yang memasuki musim kelima ini. Di sini sedikit review tentang Juara Mentor 5, Salma:

Salma yang hampir tersingkir pada konsert separuh akhir telah membuktikan yang kemunculannya di pentas akhir Mentor 5 sebagai platform untuk
memperbaiki kesilapan di peringkat separuh akhir. Nyata, usahanya tidak sia-sia setelah dinobatkan selaku Juara Mentor 5.

Salma memulakan konsert pembukaan berduet dengan Erra Fazira menerusi lagu Jendela Hati. Sebagai protege pertama yang membuat persembahan
Salma telah memukau penonton di stadium mahupun di rumah dengan kelantangan vokalnya menerusi lagu Listen nyanyian asal Beyonce Knowles..
ecah pun terkesima dengan nyanyian vokal Salma itu. Menerusi lagu duet dengan artis pilihan pula, Salma berduet dengan Jaclyn Victor menerusi 
lagu Cinta(Melly Goeslow feat Kris Dayanti) dan Rindu(Hetty Koes Endang). Memang cukup mantap paduan vokal antara Salma dan Jac.
Setelah itu, untuk lagu ketiga yang merupakan lagu baru buat semua protege, Salma telah menyanyikan lagu ciptaan Taja Meet Uncle Hussein
 yang bertajuk Aku Permata. Lagu ini sedap didengar dan cukup sesuai untuk Salma.

Komen yang diterima oleh Salma dari juri professional iaitu Datuk Haji Ramli M.s(juri tetap) serta Ziana Zain dan Azmeer selaku juri jemputan
memang cukup positif kecuali bagi lagu baru nya yang mengalami masalah low note bak kata Azmeer. Masalah ini masih dapat diperbaiki lagi.

Begitulah sedikit sebanyak yang berlaku semasa Mentor 5. Memang kejayaan Salma nie menakjubkan. Walaupun sesetengah orang kata Salma 
kurang sikit pakej berbanding dengan Shiha dan Iqa serta merupakan ibu tunggal tapi peminat sekarang tidak melihat itu sebagai perkara yang 
boleh membuatkan peminat lari. Yang penting, bakat serta vokal Salma yang mempunyai high note.



Tahniah diucapkan kepada mentor Erra Fazira yang telah mendidik protegenya, Salma sehingga menjulang gelaran  Juara Mentor 5. Bagi Salma pula,
ilmu yang diberikan sepanjang berada di mentor perlu diguna sebaik mungkin dalam karier nyanyiannya yang baru bermula.

TAHNIAH BUAT SALMA & ERRA FAZIRA....

        SELAMAT DATANG KE INDUSTRI MUZIK TANAH AIR SEMUA PROTEGE MENTOR 5!!!!

Note: X sabar nk tgk perkembngan semua protege Mentor 5 dalam industri nie especially Salma dan Shiha...~~wink


****Gracias.Un abrazo****










Saturday, May 21

GuRu Oh GuRu....

Assalamualaikum~~apa yang kita tahu tentang pengorbanan seorang GURU...Jom kita hayati post kali ini<> 






Siapa yang ajar kita kenal abjad A-Z?????
Siapa yang ajar kita mengaji Alif Ba Ta???
Siapa yang pujuk kita bila masuk darjah 1???
Siapa yang tahan dengan kerenah kita bila di sekolah???
Siapa yang ajar kita sehingga berjaya????


~~~Semua ini takkan berlaku tanpa kehadiran seorang GURU


Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat cikgu2 saya yang telah mengajar sehingga diri ini menjadi insan yang berguna..Ucapan ini khas buat cikgu2 di TASKI ABIM, SEK.REN CONVENT BUTTERWORTH, SEK.KEB SUNGAI DUA, SEK. MEN KEB DATO`ONN BUTTERWORTH dan SEK. MEN. TEKNIK SEBERANG PERAI,BUKIT MINYAK...


Segala didikanmu telah membentuk diriku seperti yang ada sekarang~~~


Ku akhiri blog kali ini dengan rangkap2 puisi dari sasterawan negara:-
Seringkali kita mendengar puitis2 kata dari puisi JIKA HARI INI....
So, hayatilah sempena HARI GURU 2011 ini:-



 Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden menakluki sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis menjadi terkemuka,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca...


SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK....
JASAMU AKAN KAMI KENANG SAMPAI KE HUJUNG NYAWA DAN TIDAK TERNILAI HARGANYA!!!!!!


Note: Kawan2 ku ramai yang nak jadi cikgu pas nie...........


#$@*^SeLamaT HaRi GuRu#$@*^
 #GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA#

****Gracias.Un abrazo****

Tuesday, May 10

Ibu...Kau Ratu HaTiku.......



ASSALAMUALAIKUM...<>SeLamaT HaRi IbU<>


Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat seluruh kaum ibu di serata dunia. Ibu, anda adalah pelengkap hidup kami...Bkan ari nie je yg sambutanhari Ibu tapi bagi kami sebagai anakmu, setiap hari merupakan hari Ibu....Ucapan khas buat ibuku tersayang SALIASAH BINTI HUSSAIN semoga jasa dan pengorbananmu dalam mendidik kami dilimpahi kurnia dari Allah.. Akan kutitiskan doa kepada Allah agar ibuku diberi kesihatan yang baik serta dapat menjalani hidup dengan bahagia...AMIN~~~

Sempena hari Ibu ini, saya SITI AISYAH BINTI NORALIAS ingin meluahkan isi hatiku sebagai anak melalui puisi ini:



Ibu,
Selama 9 bulan  kau membawaku ke sana sini,
Tak kira merasa sakit atau penat,
Kau tidak pernah merungut akannya,
Bahkan kau bahagia menerima anugerah ini dari Allah.

Ibu,
Aku lahir tanpa apa-apa,
Kau yang mengajarku segalanya,
Kau juga mencorakkan hidupku,
Membesarkanku dengan keringatmu,
Berharap akan jadi orang yang berguna..

Ibu,
Ketika aku menangis ketakutan,
Kau telah menenangkanku..
Ketika aku jatuh sakit,
Kau akan selalu berada di sampingku..
Ketika aku melakukan kesalahan,
Kau mesti menegurku. 
Ketika aku lupa dan alpa,
Kau akan mengingatkanku.
Ketika aku dirundung kesedihan,
Kaulah orang pertama yang memujukku
Dan pabila ku terluka,
Kau segera memberi penawarnya.

Ibu,
Walaupun kini ku telah dewasa,
Tatkala gigih mengejar impian dan cita-cita,
Serta ingin membina mahligai cinta bersama keluarga sendiri,
Namun, kau adalah aspirasi hidupku.


Terima kasih ku ucapkan padamu ibu,
Penyeri hidup segalanya bagiku,
Kasihmu padaku tak dapat dinilai,
Hanya doa dan harapan menjadi sandaran.

Note: Saya sangat SAYANG mak saya!!!!!!!!!


****Gracias. Un abrazo****

Monday, May 9

KonGsi (Lu LanGsi Lu MaTi..)

12 Mei 2011 adalah tarikh filem KONGSI ditayangkan di lebih 100 pawagam seluruh Malaysia...Filem yang bercorak aksi arahan FARID KAMIL dan DAVID TEO selaku penerbit nie mmg best pabila menonton di sebalik tabirnya saja...Tak sabar nak tgk penuh filem nie nnt...

Filem ini dibintangi oleh :
Bintang paling popular ABPBH 2010, Shaheizy Sam(TUMULAK)
Bront Palarae(KIMPEDU)
Fizo Omar(ASP SHARIF)
Yana Samsuddin(INSP OLLA) serta beberapa pelakon yang lain.
Justeru itu, kasi gegar itu panggung dengan trademark filem ini iaitu 
LU LANGSI, LU MATI...

Bawah ini ada sikit review tentang filem KONGSI ini:

TUMULAK, seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu KIMPEDU.KIMPEDU yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan 
kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia.

Segala kekecohan ini berlaku bermula di Pulau Pinang. ASP SHARIF yang bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes – kes yang melibatkan ahli kongsi gelap. Setelah banyak kes pembunuhan berlaku dan berita tersebut tersebar luas. Wajah fotofit TUMULAk terpampang di poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki di Malaysia. KIMPEDU lantas mengarahkan MAIA iaitu pembunuh upahannya yang kedua untuk memburu dan membunuh TUMULAK agar rahsia perancangannya tidak terbongkar kepada pengetahuan kumpulan kongsi gelap Malaysia dan pihak polis.

TUMULAK diburu oleh Polis, kumpulan kongsi gelap dan seorang pembunuh upahan. Pelbagai strategi dirancang bagi meloloskan dirinya dari pihak – pihak tersebut. TUMULAK mengugut ASP SHARIF agar tidak mengganggunya. MAIA, pembunuh upahan kedua berjaya ditangkap oleh TUMULAK. TUMULAK berjaya melepasi sekatan Polis dan keluar dari Pulau Pinang menuju ke sempadan Thailand tetapi akhirnya beliau tumpas ditangan Skuad UTK Polis.

Saksikan kesudahan filem nie yang menyaksikan Shaheizy Sam bercakap dalam bahasa Thai dan Kelantan di pawagam berdekatan...Mesti gempak giler!!

Note: :"Kongsi gelap lagu gapo mu ni ? baru cubit sikit , jerit serupo pondey"  ayat yang bisa membuatkan kita ketawa...

****Gracias.Un abrazo****


NuR KasiH thE moVie...



Masih ingat lagi penangan drama NUR KASIH kat tv3 dulu???? Atas permintaan peminat drama nie yg memiliki rating 19 juta pada masa siarannya,
Khabir Bhatia(pengarah) dan Mira Mustapha(scriptwriter) telah menginterpretasikan drama ini ke layar perak. Jadi, kini muncullah sekuel filem pula berjudul NUR KASIH THE MOVIE yang akan menemui penonton pada tanggal 19 Mei nie di pawagam2 seluruh Malaysia..
Buat masa sekarang, NUR KASIH THE MOVIE sedang dalam road tour untuk mempromosikan filem nie. Jadi, bolehla peminat2 NUR KASIH serbu tempat2
yang dijadikan road tour ya:)

7 Mei Mydin USJ 2pm
8 Mei Berjaya Time Square 2pm
14 Mei Seberang Jaya**
15 Mei Queensbay Mall**
21 Mei Terminal One Seremban**
21 Mei Dataran Pahlawan Melaka**
22 Mei City Square Johor Bharu**
22 Mei Plaza Angsana Johor Bharu**

** Masa tertakluk pada perubahan..

Bawah nie secara ringkas diselitkan review NUR KASIH THE MOVIE:

Drama bersiri popular Nur Kasih pada tahun 2009 lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz)kepada adiknya, Adam.Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu. Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) meninggal dunia. Nur Amina dan Adam juga menghadapi saat2 kesukaran apabila Nur mengalami keguguran. Bagaimanakah kesudahan kisah cinta antara Nur dan Adam???Bagaimana pula dengan keadaan Aidil dalam mendidik anak2 nya setelah kematian Alia??? Nantikan filem ini yang mempunyai tagline " Perjalanan cinta abadi".


<Dibintangi oleh: Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Sara Ali, Syafie Naswip, adik Mia Sara Nasuha dan lain2 lagi..>

Pandangan:
Berdasarkan pengamatan ecah ar, baik drama or filem wlpn blum tgk g, rasanya filem nie akan mencatat kutipan yang box office..
So, sama2 kita memeriahkan panggung berdekatan dan support filem2 tempatan kita..



Note~~Tak sabar rasanya nak gi road tour NKTM yang kat Serembannya. Nak jumpa pelakon NKTM. X jadi g Times square g Seremban pun leh gak...Yahoo!!!!!!!I`m coming~~InsyaAllah..

****Gracias.Un abrazo****