Masih ingat lagi penangan drama NUR KASIH kat tv3 dulu???? Atas permintaan peminat drama nie yg memiliki rating 19 juta pada masa siarannya,
Khabir Bhatia(pengarah) dan Mira Mustapha(scriptwriter) telah menginterpretasikan drama ini ke layar perak. Jadi, kini muncullah sekuel filem pula berjudul NUR KASIH THE MOVIE yang akan menemui penonton pada tanggal 19 Mei nie di pawagam2 seluruh Malaysia..
Buat masa sekarang, NUR KASIH THE MOVIE sedang dalam road tour untuk mempromosikan filem nie. Jadi, bolehla peminat2 NUR KASIH serbu tempat2
yang dijadikan road tour ya:)
7 Mei Mydin USJ 2pm
8 Mei Berjaya Time Square 2pm
14 Mei Seberang Jaya**
15 Mei Queensbay Mall**
21 Mei Terminal One Seremban**
21 Mei Dataran Pahlawan Melaka**
22 Mei City Square Johor Bharu**
22 Mei Plaza Angsana Johor Bharu**
** Masa tertakluk pada perubahan..
Bawah nie secara ringkas diselitkan review NUR KASIH THE MOVIE:
Drama bersiri popular Nur Kasih pada tahun 2009 lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz)kepada adiknya, Adam.Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu. Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) meninggal dunia. Nur Amina dan Adam juga menghadapi saat2 kesukaran apabila Nur mengalami keguguran. Bagaimanakah kesudahan kisah cinta antara Nur dan Adam???Bagaimana pula dengan keadaan Aidil dalam mendidik anak2 nya setelah kematian Alia??? Nantikan filem ini yang mempunyai tagline " Perjalanan cinta abadi".
<Dibintangi oleh: Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Sara Ali, Syafie Naswip, adik Mia Sara Nasuha dan lain2 lagi..>
<Dibintangi oleh: Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Sara Ali, Syafie Naswip, adik Mia Sara Nasuha dan lain2 lagi..>
Pandangan:
Berdasarkan pengamatan ecah ar, baik drama or filem wlpn blum tgk g, rasanya filem nie akan mencatat kutipan yang box office..
So, sama2 kita memeriahkan panggung berdekatan dan support filem2 tempatan kita..
Note~~Tak sabar rasanya nak gi road tour NKTM yang kat Serembannya. Nak jumpa pelakon NKTM. X jadi g Times square g Seremban pun leh gak...Yahoo!!!!!!!I`m coming~~InsyaAllah..
****Gracias.Un abrazo****



No comments:
Post a Comment